Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) menjejak 21 peguam yang dipercayai terlibat dalam 39 kes menipu pelanggan sehingga mengakibatkan kerugian jutaan ringgit.
Pengarahnya Datuk Seri Mohd Zakaria Ahmad berkata, ia merupakan jumlah kes terkumpul yang dilaporkan kepada polis sejak 2012 sehingga tahun ini.
Antara tindakan jenayah yang dilakukan oleh peguam yang dikehendaki ini adalah menipu wang pelanggan.