Raveesh Kumar

NEW DELHI – India mengkritik Turki dan Malaysia berikutan kenyataan berhubung isu Kashmir yang menyerang New Delhi.

Jurucakap Kementerian Hal Ehwal Luar, Raveesh Kumar berkata, India berpendapat Pakistan telah menawan dan menduduki Jammu secara haram dan perkembangan terkini di Jammu dan Kashmir adalah isu dalaman negara itu, lapor live mint.

Kumar menggesa Ankara, yang telah mengeluarkan beberapa kenyataan berhubung Kashmir pada 6 Ogos lalu, memahami situasi di Kashmir sebelum membuat sebarang kenyataan.

“India dan Turki adalah negara negara sahabat. Oleh itu, kami sangat kecewa sejak 6 Ogos terdapat kenyataan yang berulang oleh kerajaan Turki berhubung hal ehwal dalaman India. Fakta pada kenyataan ini tidak tepat, bias danĀ  tidak wajar,” kata Kumar.

Kumar berkata, India dan Malaysia menikmati hubungan yang baik dan mesra.

“Hubungan ini telah dipertingkatkan sejak kebelakangan ini. Kami mengambil maklum kenyataan berhubung Jammu dan Kashmir oleh Perdana Menteri Malaysia. Kami sangat kecewa terhadap komen-komen ini memandangkan ia tidak berlandaskan kepada fakta,” kata Kumar

“Kerajaan Malaysia perlu ingat hubungan baik antara dua negara dan berhenti membuat kenyataan seumpamanya,” tambah beliau.

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad membangkitkan isu Kashmir pada perhimpuman agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Besatu (PBB) dengan mendakwa India telah menceroboh dan menawan Jammu dan Kashmir dan meinta New Delhi bekerjasama dengan Pakistan untuk menyelesaikan isu tersebut. – Agensi