Kim Myong Gil mengetuai delegasi Korea Utara dalam perbincangan mengenai penghapusan nuklear dengan Amerika Syarikat yang berlangsung di Sweden. foto Agensi

STOCKHOLM – Perunding utama Korea Utara memaklumkan perbincangan nuklear peringkat pekerja di Sweden antara pegawai dari Pyongyang dan Washington telah berakhir.

Perunding utama nuklear Utara, Kim Myong Gil, yang menghabiskan banyak masa dalam perbincangan dengan delegasi Amerika Syarikat (AS) menyifatkan pengakhiran itu sebagai ketidakcekapan AS.

Malah, katanya, perunding AS tidak “melepaskan pandangan dan sikap mereka yang lama”.

“Perundingan itu tidak memenuhi harapan kami dan akhirnya terputus,” kata Kim kepada pemberita di luar kedutaan Korea Utara yang bercakap menerusi jurubahasa.

Kim Myong Gil menuduh Amerika Syarikat tidak berniat untuk menyelesaikan kesulitan negara itu melalui dialog.

Namun, katanya, penghapusan senjata nuklear di Semenanjung Korea masih berkemungkinan.

Beliau berkata: “Ia hanya akan berlaku “apabila semua halangan yang mengancam keselamatan kita dan pemeriksaan pembangunan kita dikeluarkan sepenuhnya tanpa bayang-bayang keraguan,” jelasnya mengenai keinginan Korea Utara untuk melihat Washington menurunkan tekanan ekonomi ke atasnya.

Jabatan Negara AS pula berkata, pendapat-pendapat tersebut tidak menggambarkan ‘kandungan atau semengat’ rundingan selama lapan setengah jam.

AS juga telah menerima jemputan Sweden untuk kembali ke negara ini untuk perbincangan dengan Pyongyang dalam tempoh dua minggu lagi.

“AS telah membawa idea kreatif dan mengadakan rundingan dengan baik dengan rakan sejawat Korea Utara, Morgan Ortagus dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, delegasi AS. telah memaparkan beberapa inisiatif baru yang akan membuka jalan untuk kemajuan dalam perbincangan itu dan menekankan kepentingan penglibatan yang lebih intensif untuk menyelesaikan banyak isu yang membahagikan kedua-dua belah pihak.

“AS dan Korea Utara tidak akan mengatasi warisan 70 tahun perang dan permusuhan di Semenanjung Korea melalui satu hari Sabtu. Ini adalah isu berat dan mereka memerlukan komitmen yang kuat oleh kedua-dua negara. Amerika Syarikat mempunyai komitmen itu, “katanya. – MalaysiaGazette