Aksi yang ditunjukkan oleh pemain dalam perlawanan antara Manchester City dan Wolves di Stadium Etihad malam tadi.

MANCHESTER – Manchester City diselubungi perasaan gemuruh selepas tewas mengejut 2-0 kepada Wolves dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Etihad malam tadi.

Pengurusnya, Pep Guardiola mengakui skuad kendaliannya perlu bangkit ketika ini selepas ketinggalan lapan mata di belakang Liverpool.

Wolves memperoleh tiga peluang di awal permainan untuk menghukum kesilapan City ketika melakukan hantaran serta bertahan dan sekali pun ia gagal diterjemah kepada gol.

Guardiola berkata, ia memberi impak terhadap corak permainan pasukannya dengan 16 mata daripada lapan perlawanan, ia permulaan terburuk City bagi kempen liga dalam tempoh enam tahun.

“Ia hari yang buruk, kadang kala ia berlaku,”

“Hari ini kami tidak berada di tahap sebenar. Kami berdepan masalah untuk mempamerkan permainan biasa. Kami berdepan banyak pasukan yang asyik bertahan dan menemui cara mengatasinya, tapi tidak kali ini.

“Kami tidak mantap ketika gerakan gol. Ia bukannya mengenai benteng pertahanan kami. Apabila kami kehilangan bola mereka boleh menghukum kami dan ia membuatkan kami gementar.

“Jurang dengan Liverpool besar, tapi kami tidak perlu memikirkan mengenai jurang lapan mata. Kami masih berada di bulan Oktober dan ada banyak perlawanan serta pertandingan yang perlu diharungi,” kata Guardiola.

Beliau lebih menyalahkan kesilapan pasukannya ketika membuat hantaran berbanding prestasi kesilapan gandingan pertahanan tengah, Nicolas Otamendi dan Fernandinho.

Guardiola yang juga bekas pengendali Barcelona dan menjulang City dua gelaran Liga Perdana begitupun menegaskan keyakinan skuad kendaliannya belum goyah sekali pun dipalit kekalahan kedua dalam empat perlawanan.

“Saya mengenali mereka semua, mereka masih mampu melakukannya. Ia cuma hari yang amat buruk. Tahniah kepada pihak lawan. Apa yang sudah berlaku, sudah berlaku…

“Hari ini kami tidak berada di tahap sepatutnya kami berada. Perlawanan sebelum ini bagus. Jurangnya besar, Liverpool tidak mencicirkan mata. Kini adalah masa untuk kembali bangkit. Hasilnya akan ditentukan menerusi situasi tetapi kita baru memasuki Oktober dan perjalanan masih jauh.” ujarnya – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast