SINGAPURA – Harga minyak jatuh dalam dagangan hari ini selepas kerugian ketara minggu lalu disebabkan kebimbangan kelembapan ekonomi dunia yang memberi kesan ke atas pertumbuhan permintaan.

Niaga hadapan Brent susut AS$0.24 kepada AS$58.13 setong pada 0147 GMT manakala West Texas Intermediate AS$52.69 setong, lebih rendah sebanyak AS$0.12.

Kedua-dua kontrak berkahir dengan penyusutan lebih daripada 5% minggu lalu selepas data perkilangan yang suram dari Amerika Syarikat dan China disebabkan perang perdagangan antara kedua negara hingga menjejaskan pertumbuhan global dan menimbulkan risiko kemelesetan.

Pegawai-pegawai Amerika Syarikat dan China akan bertemu di Washington pada 10-11 Oktober depan dalam usaha baru untuk mencari kesepakatan.

Di sisi penawaran, pemulihan yang lebih cepat daripada jangkaan dalam pengeluaran Arab Saudi selepas serangan 14 September ke atas kemudahan pengeluaran utama juga memberi tekanan ke atas harga minyak, walaupun Timur Tengah tetap tegang.

Di Iraq, pengeluar kedua terbesar dalam kalangan Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum berdepan demonstrasi anti-kerajaan pimpinan Perdana Menteri Adel Abdul Mahdi hingga mencabar keamanan dan politik.

Bekalan global juga menghadapi tekanan pembaikan dan penyelenggaraan kemudahan. – MalaysiaGazette