KUALA LUMPUR – Lorong perlahan dan lorong kecemasan di antara laluan Bukit Lanjan dan Jalan Duta (Arah Timur) di antara KM25.4 hingga KM26.55 di Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) akan ditutup sementara bermula pada 12 malam pada 9 Oktober ini (Rabu) sehingga jam 5:00 pagi pada Isnin 14 Oktober.
Penutupan lorong tersebut adalah bagi membolehkan kerja-kerja penyelengaraan jambatan dilaksanakan di kawasan terbabit, kata PLUS dalam satu kenyataan di sini.
Justeru itu, PLUS menasihatkan semua pemandu yang menggunakan laluan tersebut supaya merancang perjalanan serta mematuhi semua papantanda serta arahan yang diberikan oleh pihak PLUS. – MalaysiaGazette