Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Insentif Pengeluaran Getah (IPG) diaktifkan bagi September 2019 untuk pekebun kecil di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.

Ia berikutan harga purata peringkat ladang bagi ‘cuplump’ atau getah sekerap pada September di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak masing-masing pada RM2.05, RM1.75 dan RM1.95 sekilogram.

Lembaga Getah Malaysia (LGM) berkata, bayaran IPG teraktif bagi Semenanjung Malaysia ialah 45 sen sekilogram, manakala Sabah pula 75 sen sekilogram dan Sarawak pada 55 sen sekilogram, kata LGM.

Pekebun kecil kini boleh membuat tuntutan berdasarkan pengeluaran September 2019 mulai 1 hingga 31 Okt, 2019,” menurut LGM.

IPG  diaktifkan sekiranya harga purata bulanan SMR 20 FOB berada di paras RM6.10 sekilogram atau harga di peringkat ladang berada di paras RM2.50 sekilogram ke bawah. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast