Hafizh Syahrin

KUALA LUMPUR – Pelumba Malaysia, Hafizh Syahrin Abdullah akan kembali berlumba dalam Moto2 pada Kejuaraan Dunia 2020 bersama pasukan Angel Nieto.

Menerusi satu kenyataan, Hafizh Syahrin akan berlumba bersama rakan sepasukan Aron Canet yang naik ke Moto2 selepas bertarung merebut gelaran juara Moto3 musim ini.

Pelumba berusia 25 tahun yang berlumba dua musim pada kategori MotoGP kembali ke kategori pertengahan di mana beliau memulakan karier Grand Prixnya sebagai pelumba wildcard pada tahun 2011.

Pelumba kelahiran Ampang menjadi pelumba grand prix sepenuh masa pada tahun 2014 dan berjaya menamatkan perlumbaan sebagai 10 pelumba terbaik dengan mengutip mata dan beberapa kali menaiki podium dalam tahun 2016 dan tahun 2017.

Musim 2018 menyaksikan beliau naik ke MotoGP, di mana beliau berlumba bersama Yamaha Tech3 Racing dan ketika ini bersama Redbull KTM Tech3.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast