KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Tun Razak antara individu yang berkemungkinan akan dipanggil polis berhubung siasatan kes Hina Sultan Selangor oleh sebuah akaun Facebook bernama Nga Kor Ming Super Fans Page yang tular 30 September lalu.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Komisioner Datuk Huzir Mohamed bagaimanapun tanpa merujuk secara langsung kepada bekas perdana Menteri itu, menjelaskan pihaknya akan memanggil sesiapa sahaja untuk dirakam keterangan.