Widad Business Group pula minat beli PLUS

Menurut WBG, pihaknya membuat dua pilihan tawaran iaitu mengambil alih 51 peratus kepentingan Khazanah pada pertimbangan tunai RM1.5 bilion dengan baki kepentingan masih dipegang oleh KWSP dan cadangan mengambil alih 100 peratus kepentingan Khazanah dan KWSP pada pertimbangan tunai RM3 bilion.