Penerima Program Subsidi Petrol (PSP) sebanyak RM30 sebulan bagi kereta dan RM12 sebulan bagi motosikal akan didepositkan terus di dalam akaun mereka, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.
Perdana Menteri berkata, langkah itu bertujuan bagi mengasingkan penerima mempunyai kereta yang besar dan kecil serta bilangan yang banyak.