NAIROBI – Sebuah pesawat Kenya milik Silverstone Air terhempas sejurus selepas berlepas.
Polis dan para pegawai Pihak Berkuasa Lapangan Terbang Kenya (KAA) berkata, beberapa penumpang mengalami kecederaan dan dikejarkan ke hospital di Nairobi.
“Direktorat Penyiasatan Kemalangan Pesawat, di bawah Kementerian Pengangkutan, Infrastruktur, Perumahan dan Pembangunan Urban, sedang melakukan siasatan bagi mengetahui punca kemalangan,” kata kenyataan KAA.
KAA mengendalikan empat lapangan terbang antarabangsa dan empat lapangan terbang domestik selain beberapa landasan udara.
Menurut mahlumat awal, pesawat yang membawa 50 penumpang dan lima anak kapal itu memulakan perjalanan dari Nairobi ke Mombasa sebelum menuju ke Lamu itu tersasar daripada landasan ketika hendak berlepas dari Lapangan Terbang Wilson pada pukul 9 pagi waktu tempatan. – Agensi