TERKINI : Kerajaan BN “Tak Akan Jual Aset Negara” Macam PH – Najib Razak

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menolak dakwaan Pakatan Harapan (PH) bahawa penjualan aset strategik negara adalah disebabkan salah pentadbiran Barisan Nasional (BN).

Najib berkata kerajaan PH terpaksa menjual aset negara disebabkan oleh pengurangan hasil kerajaan ekoran beberapa tindakan kerajaan.

“Ini bukan kerana kerajaan BN, kalau kerajaan BN memerintah saya beri jaminan kita tak pilih langkah jual aset yang strategik, macam kita ada rumah banglo kita boleh kutip sewa tiba-tiba kita jual esok nak makan apa? Esok anak cucu kita nak makan apa,” katanya lagi.