Polis akan terus menyiasat dan mengangkap mana mana pemimpin atau ahli politik tempatan sekiranya terdapat bukti kukuh yang mengaitkan mereka dengan ideologi perjuangan Kumpulan Pembebasan Harimau Tamil Eelam (LTTE) di negara ini.
Ketua Penolong pengarah Bahagian Anti Keganasan (E8) Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay pada masa yang sama membidas kenyataan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng kononnya polis sudah memberi jaminan tidak akan ada tangkapan pemimpin politik dari parti memerintah itu selepas ini.