Abdul Hadi Awang

KUALA LUMPUR – Kenyataan Lim Kit Siang yang membangkitkan jawatan yang pernah dipegang Presiden Pas, dalam Kesatuan Ulama Islam Sedunia (KUIS) ketika membahaskan isu berkaitan kumpulan pengganas, dibidas Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Abdul Hadi secara ringkas berkata, Penasihat DAP itu seharusnya menyemak faktanya dahulu sebelum membuat apa-apa kenyataan mengenai jawatannya dalam Kuis.

“Dia (Kit Siang) tak tahu, dia tak ada ilmu pengetahuan,” katanya kepada media di lobi Parlimen hari ini.

Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Iskandar Puteri semalam membangkitkan penglibatan “seorang pemimpin pembangkang Malaysia” yang menjadi Naib Presiden KUIS.

Bagaimanapun, Kit Siang tidak menyebut nama mana-mana pihak.

Kit Siang berkata Kuis telah dimasukkan dalam senarai pengganas oleh empat negara Arab, iaitu Arab Saudi, Mesir, Emeriah Arab Bersatu dan Bahrin. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

Comments are closed.