Kelengkapan senjata tentera Turki di sempadan bandar Akcakale. foto Agensi

WASHINGTON – Amerika Syarikat dikenakan sekatan ke atas dua kementerian dan tiga pegawai kanan kerajaan Turki, sebagai tindak balas ke atas Ankara yang menyerang utara Syria.

Bercakap kepada media, Setiausaha Perbendaraan Amerika Syarikat, Steven Mnuchin menggambarkan sekatan itu sangat kuat dan akan memberi kesan buruk kepada ekonomi Turki.

“Tindakan pemerintah Turki membahayakan orang awam yang tidak bersalah, dan menjejaskan kawasan, termasuk meruntuhkan kempen untuk mengalahkan ISIS,” menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Amerika Syarikat.

Presiden Donald Trump juga bertindak menelefon rakan sejawatnya, Recep Tayyip Erdogan untuk menuntut gencatan senjata segera, kata Naib Presiden Amerika Syarikat, Mike Pence.

Pence memaklumkan beliau akan ke rantau itu secepat mungkin.

Beliau juga mengulangi bahawa Amerika Syarikat “tidak memberi lampu hijau kepada Turki untuk menyerang Syria”.

Amerika Syarikat sebelum ini mengatakan bahawa serangan Turki di Syria “tidak dapat diterima” kerana telah mengakibatkan pembebasan pengganas IS yang pernah ditangkap.

Terdahulu pada hari Isnin, negara-negara Kesatuan Eropah (EU) komited untuk menggantung eksport senjata ke Turki.

Sebagai tindak balas, Turki berkata, ia akan memeriksa kerjasama dengan EU kerana sikapnya yang “menyalahi undang-undang dan berat sebelah”

Tentera Syria sebelum ini memasuki kawasan di utara-timur, dikhuatiri boleh mengakibatkan konfrontasi dengan pasukan tentera Turki.

Pengerahan tentera Syria menyusul selepas perjanjian dengan pasukan yang diketuai Kurdish, yang menjadi sekutu Amerika Syarikat sehingga minggu lalu.

Turki mengatakan serangannya bertujuan memaksa pasukan Kurdish keluar dari wilayah sempadan bagi membolehkan zon selamat diwujudkan di kawasan berkeluasan kira-kira 30 km (20 batu) ke Syria.

Ini kerana, Turki mahu menempatkan semula sehingga dua juta pelarian Syria yang kini berada di wilayahnya. – MalaysiaGazette