Nasrul Ali Hasan
Nasrul Ali Hasan

KUALA LUMPUR – Kerajaan Pakatan Harapan (PH) digesa supaya tidak tunduk kepada sebarang tekanan termasuk dari Lawyers for Liberty (LFL) yang mahu Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) dimansuhkan.

Ketua penaja Pergerakan Wira Putra Malaysia, Nasrul Ali Hasan Abdul Latif berkata, akta itu terlalu ringan jika dibandingkan dengan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang telah dimansuhkan sebelum ini.

Beliau hairan kenapa pihak terbabit beriya-iya mahu memansuhkan Sosma dan apakah jenis hukuman yang adil dan sesuai untuk mereka bagi menangani isu ancaman kepada keselamatan negara serta jenayah berat?

“Takkan nak buat hukuman cubit perut baru nak dikatakan adil? Adakah menjadi masalah jika sesuatu undang-undang yang dikatakan tidak adil dan berat sebelah itu dibincangkan, dan tambah baik mana-mana ruang yang boleh mengukuhkan lagi sistem perundangan negara?

“Kita berpandangan lebih baik undang-undang itu dibincang secara ilmiah dan dibentang resolusinya. Lihat segenap sudut keperluan sesuatu perkara dan fikirkan kaedah terbaik untuk tambah baik.

“Jika tidak, kerajaan hari ini akan dilihat sebagai kerajaan yang tugasnya menghapuskan akta yang disabitkan kepada rangkaiannya sahaja,” katanya dalam kenyataan kepada media, hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Pengarah LFL, Mellisa Sasindran yang meluahkan rasa bimbang susulan pengumuman kerajaan bahawa Sosma tidak akan dimansuhkan, tetapi sekadar dipinda.

LFL berasa kerajaan baharu tidak perlu diingatkan mengenai bagaimana Sosma disalahguna pada masa lalu, termasuk menjadikan mereka yang menentang kerajaan dan pembangkang sebagai sasaran.

Menurut Nasrul Ali Hasan, kenyataan itu memperlihatkan LFL sendiri anti-pertahanan negara dan sebagai pengamal undang-undang yang seharusnya mencintai keamanan dan keadilan mereka seharusnya memberi ruang kepada pihak berkuasa melunaskan tanggungjawab mendapatkan maklumat bagi menjaga keselamatan negara.

Ujar beliau lagi, pihak berkuasa pastinya tidak akan bertindak jika pertuduhan itu hanya pada tahap permukaan sahaja.

“Cukup-cukuplah kerajaan PH menjadi boneka dan pak turut. Kumpulan yang kononnya memperjuangkan hak asasi dan kepentingan rakyat ini tidak lain tidak bukan sekadar ingin menyelamatkan rangkaian mereka yang mula ditahan dan di soal siasat.

“Jika mereka benar dan tidak terlibat sebarang isu melibatkan ancaman keselamatan negara mengapa perlu goyah? Jadilah pemimpin berintegriti dan hadapilah soal siasat berkenaan, bukannya dakwaan atau dihukum lagi.

“Sungguhpun ada pihak menganggap Sosma melanggar hak asasi manusia terutama kepada yang dituduh, kita juga perlu mengutamakan hak mereka yang menjadi mangsa jenayah dan juga ahli keluarga mereka,” ujarnya.

Tegas beliau, Pergerakan Wira Putra mahu Sosma dikekalkan, tetapi tiada halangan dan wajar ditambah baik supaya tidak timbul lagi tuduhan dan spekulasi akta itu disalahgunakan pada masa akan datang.

Katanya, cadangan pindaan akta itu juga perlu mengikut kesesuaian semasa demi kebaikan negara dan rakyat keseluruhannya asalkan bukan untuk melindungi orang tertentu atau pelaku. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. LFL.mybe dia nk undang2 yg kaum dia tak bersalah kaum lain tahan je sosma…klu undang2 nk ukut kaum lbih baik ko blik ngra asal ko je lh puak2 ni…smua undang2 tak baik..apa yg baik…pi lh LFL..LFL ni bdan ngo yg tak blh nak pakai sgt…lbh baik hram je LFL ni..mymak je ada kat mlysia…kita buat undang2 islam pun slah..undang kafir oun slh..brngkali dia nk suruh buat undang2 yg dapig nak kok..sbb LFL ni sama je dgn puak2 dapig ni…

Comments are closed.