Alicia Alonso. foto Agensi

HAVANA – Penari balet terkenal Cuba, Alicia Alonso dilaporkan meninggal dunia pada usia 98 tahun.

Alonso dianggap sebagai salah satu balerina abad ke-20.

Dia hilang pandangannya pada usia 19 tahun dan hanya bergantung pada lampu untuk menari.

Selepas revolusi 1959, dia membantu mewujudkan Balet Kebangsaan Cuba dengan pemimpin ketika itu Fidel Castro.

“Alicia Alonso telah pergi dan meninggalkan legasi besar yang tidak dapat disaingi,” kata Presiden Miguel Diaz-Canel.

“Dia meletakkan Cuba pada tempat terbaik dalam tarian balet di seluruh dunia. Terima kasih Alicia untuk pencapaian anda,” katanya.

Beliau dilahirkan pada 21 Disember 1921, Alonso pertama kali muncul di pentas pada tahun 1931 selepas jatuh cinta dengan balet.

Beliau yang berkahwin pada usia 16 tahun mengalami masalah retina mata tiga tahun kemudian dan menjalani beberapa pembedahan.

Pada tahun 1948, Alonso mewujudkan Alicia Alonso Ballet Company untuk mengajar tarian itu tetapi syarikat berkenaan mengalami masalah kewangan pada tahun 1956.

Bagaimanapun, Castro tampil membantunya, sejak itu beliau mengadakan pertunjukan di mana-mana sahaja.

Alonso adalah individu yang dihormati di Cuba sehingga namanya diabdikan pada jenama minyak wangi dan ais krim. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast