Indeks Pencemaran Udara New Delhi yang berada dalam keadaan sangat tercemar. foto Agensi

NEW DELHI – Puluhan ribu pelari telah mendaftar untuk mengambil bahagian dalam maraton di ibu negara India pada hari Ahad ini walaupun kualiti udara di bandar raya itu berada pada tahap paling tercemar di dunia.

Indeks kualiti udara New Delhi sekitar 300 pada hari Khamis (17 Okt), dikelaskan sebagai sangat bahaya dan bermakna pendedahan berpanjangan boleh menyebabkan penyakit pernafasan.

Ketua Menteri New Delhi, Arvind Kejriwal menyifatkan bandar itu sebagai “ruang gas” pada musim sejuk, telah memerintahkan langkah-langkah kecemasan, termasuk menyekat bilangan kenderaan persendirian di jalan raya di bawah skim “ganjil” berdasarkan plat nombor.

Penganjur perlumbaan berkata, pencemaran udara menjadi kebimbangan tetapi mereka akan mengambil langkah mengurangkan kesan kepada para peserta.

Menjelang waktu larian dan sepanjang perlumbaan, mereka akan melakukan penyemburan air.

“Kualiti udara adalah menjadi kebimbangan dan akan terus menjadi perhatian, tidak ada persoalan mengenainya,” kata Vivek Singh, Pengarah Urusan bersama Procam International yang mengendalikan perlumbaan yang ditaja oleh operator telekomunikasi Bharti Airtel.

“Langkah-langkah yang akan kami ambil bertujuan memberikan pengalaman yang baik seperti tahun-tahun lalu,” katanya.

Untuk rekod seramai 40,633 orang mendaftar untuk perlumbaan sejauh 21km, 10km dan 5km.

Tahun lepas seramai 34,916 orang menyertainya dan kebanyakannya memakai topeng sambil berlari.

Pemenang pingat emas Olimpik, Carmelita Jeter dari Amerika Syarikat dilantik sebagai duta acara itu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast