KUALA LUMPUR – Dengan kecekapan dan keberkesanan pengurusan tenaga, Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) telah berjaya mencapai pengiktirafan 2 bintang bagi Energy Management Gold Standard
(EMGS).

Pengiktarafan tersebut telah disampaikan menerusi majlis yang dianjurkan oleh Asean Energy Management Accreditation Scheme (AEMAS) di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Majlis ini secara langsung mengiktiraf organisasi yang telah berjaya melaksanakan Sistem Pengurusan Tenaga (SPT) di organisasi masing-masing.

Pencapaian 2 bintang yang terima UTeM ini apabila berjaya melaksanakan SPT dengan baik serta berjaya mengurangkan
penggunaan tenaga melebihi 5% daripada penggunaan tenaga sebelumnya.

Naib Canselor UTeM, Profesor Datuk Wira Dr Raha Abdul Rahim berkata, UTeM telah memulakan SPT sejak tahun 2015 dengan penuh komitmen secara berterusan menerusi Polisi Tenaga UTeM.

Jelasnya, UTeM telah berjaya mengurangkan tenaga sebanyak 13% pada tahun ketiga pelaksanaan SPT ataupun sebanyak RM 2.6 juta (5.1 juta kg CO 2 e) sepanjang 3 tahun pelaksanaan SPT tersebut.

“Kejayaan ini telah membuktikan komitmen UTeM untuk menggunakan tenaga secara cekap dan menyokong usaha ke arah pemuliharaan alam sekitar dengan mengurangkan pelepasan karbon,” ujar beliau lagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

Comments are closed.