SANTIAGO – Sebuah pasar raya terbakar menyebabkan tiga orang terbunuh di Santiago semasa tunjuk perasaan yang masuk hari kedua di Chile.

Dua mangsa meninggal dunia di tempat kejadian manakala seorang mangsa mati selepas dibawa ke hospital, kata Datuk Bandar, Karla Rubilar kepada pemberita, lapor BBC.

Presiden Sebastian Pinera menggantung kenaikan harga tiket pengangkutan awam, metro, yang mencetuskan bantahan dan pergolakan berterusan walaupun pengumuman mengenainya dilakukan.

Anggota tentera dan kereta kebal dikerahkan selepas kerajaan mengisytiharkan darurat dan melaksanakan perintah berkurung pada sebelah malam.

Tunjuk perasaan yang merebak memberi gambaran ketidakpuasan umum mengenai kos kehidupan yang tinggi di salah sebuah negara Amerika Latin paling stabil.

Pergolakan terburuk dalam beberapa dekad mendedahkan pepecahan dalam negara yang merupakan salah sebuah wilayah terkaya tetapi juga tidak seimbang dan gesaan untuk pembaharuan ekonomi dilakukan.

Di Santiago, beratus-ratus anggota tentera dikerahkan di jalan-jalan untuk kali pertama sejak 1990 apabila Chile kembali kepada demokrasi selepas pemerintahan secara diktator, Augusto Pinochet.

Pada hari kedua bantahan, para penunjuk perasaan mendirikan halangan dan membakar bas sementara polis menggunakan gas pemedih mata dan semburan air.

Pertembungan berlaku di pusat bandar dengan Datuk Bandar, Felipe Alessandri menggambarkan situasi itu sebagai huru-hara.

Lebih 300 orang ditahan dan 156 anggota polis dan 11 orang awam cedera, kata polis. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast