Lim Kit Siang
LIM KIT SIANG telah mengeluarkan kenyataan untuk meminta Naib Canselor (VC) Universiti Malaya (UM) untuk menarik balik laporan polis terhadap saudara Wong Yan Ke berkenaan isu protes di Majlis Konvokesyen UM baru-baru ini. Kenyataan berikut di laman Facebook rasminya seolah-olah ingin memberi sokongan kepada tindakan Wong tempoh hari.
Sudah menjadi pendirian mahasiswa untuk tidak inginkan ahli politik mencampur aduk urusan di dalam kampus, terutama sekali isu-isu kontroversi. Tindak-tanduk bekas pimpinan Democratic Action Party (DAP) itu seperti mempunyai kepentingan di dalam kampus memandangkan beliau juga telah persoal tentang kehadiran Tun Mahathir ke Kongres Maruah Melayu beberapa hari yang lalu.
Sebagai ahli politik yang tahu tentang keharmonian masyarakat sepatutnya lebih cenderung untuk meredakan kehangatan yang timbul, tambah pula isu ini telah melibatkan hal perkauman. Sebaliknya, beliau lebih cenderung untuk mengeluarkan kenyataan berkenaan ‘Penarikan Semula Laporan Polis yang dibuat oleh Universiti Malaya’.
Rata-ratanya rakyat Malaysia tahu akan isu ini setelah tertular di laman sosial Facebook, Twitter dan juga media Buletin Utama. Sewajarnya pimpinan parti politik yang katanya ‘disegani’ perlu memberi respons yang lebih diterima majoriti rakyat di negara ini. Kenyataan tempoh hari memberi gambaran seperti beliau mengiyakan tindakan mahupun konteks yang telah dipaparkan di plakad protes saudara Wong.
Sekiranya beliau bersetuju dengan apa yang digariskan oleh Wong, makanya beliau bersetuju dengan laungan Wong berkenaan ‘VC Racist‘? Jika tidak, beliau wajar mengeluarkan kenyataan rasmi yang menafikan ayat yang dilontarkan oleh Wong ketika beliau berada di atas pentas.
Majoriti rakyat akui apa yang dilaungkan oleh Wong itu telah memecah ketenteraman awam baru-baru ini. Komen-komen daripada akaun Facebook dan Twitter sebenar (bukan fake account mahupun cybertroopers) netizen telah melontarkan makian dan ayat-ayat yang berbaur perkauman memandangkan isu ini telah terkait dengan Kongres Maruah Melayu.
Ibu bapa, saudara mara dan kawan-kawan graduan Universiti Malaya lebih cenderung untuk bertanya tentang isu ini berbanding untuk mengucap tahniah kepada mereka. Persoalan yang amat menjadi tanda tanya orang ramai adalah ‘apa yang rasis  sangat sehinggakan Wong menjerit dan mengganggu majlis rasmi ulung bagi sesebuah universiti?’.
Timbul juga persoalan daripada orang awam ‘apakah yang mendesak Wong sehingga sanggup mengganggu perasaan seronok dan gembira para hadirin ketika berada di dalam Dewan Tunku Canselor itu?’ dan ‘adakah tindakan itu adalah kerana beliau telah lama pendam dengan VC UM atas kehadirannya ke Kongres Maruah Melayu?’.
Persoalan-persoalan itu jelas menjadi tanda tanya kerana rata-rata orang sudah menyaksikan dan menonton semula rakaman kongres tersebut bahawa VC UM tidak langsung bersikap rasis. Merujuk kepada kamus Merriam Webster, ‘rasis’ bermaksud ‘tindakan hina terhadap seseorang atas sebab kaum seseorang itu’.
Sudah terang lagi bersuluh bahawa semua orang boleh bersetuju bahawa tiada kenyataan yang dilontarkan oleh VC UM tentang penghinaan terhadap kaum lain.
Persoalan yang timbul di khalayak awam itulah perlu diperhalusi atau ditenteramkan oleh ahli-ahli politik yang sememangnya ingin menjaga keharmonian negara, bukanlah membuat kenyataan seolah-olah mempunyai kepentingan lain. Kami menghormati tindakan Wong dalam isu kebebasan bersuara, tetapi langsung tidak terhadap tindakan Lim Kit Siang yang lebih cenderung untuk mendesak penarikan balik laporan polis berbanding untuk menenangkan ketenteraman awam.
Akhir kata, sekiranya penulisan ini amatlah berbeza pendapat dengan pendirian Lim Kit Siang, maafkan kami, ‘we have the right to differ’.
Ahnaf Yunus, pembaca MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Akta biadap patut diujudkan sebab setiap kali orang Melayu bersuara tentang hal2 Melayu Raja-Raja dan kontrak sosial di anggap rasis.
    Adakah orang2 DAP sudah sebangsa dengan kaum yahudi????
    Adakah Anti DAP sama dengan Anti Semitic?
    Lks DAP telah mengajar dan menyemaikan sifat membenci terhadap orang Melayu sekian lama, dari bangku tadika hingga ke univesiti dalam dan luar negara. Bila lagi mau berbaik sangka atau memang tidak akan ada sangkabaik sehingga matlamat mengambil alih dan menukar perlembagaan negara supaya menurut fahaman DAP tercapai.
    Apa guna jadi taiko gangster dan Ketua Ltte jika tiada niat jahat disebaliknya, kan!
    Sekarang ni ada Bangsa Melayu Cina India dan juga Bangsa DAP dalam Negara, semua mau hidup Aman damai dan Bersatu padu kecuali Bangsa DAP yang mahukan huru hara dalam negara.

Comments are closed.