Pesawat Boeing 737 MAX

CHICAGO – Pesawat Boeing 737 Max dijangka berada di ruang udara sebelum akhir tahun ini.

Pesawat berkenaan telah digantung operasinya selepas dua nahas membabitkan Lion Air yang mengorbankan 189 orang penumpang.

Para penyiasat yang melakukan siasatan ke atas pesawat berkenaan sedang memberi fokus ke atas penggunaan sistem bagi menambah baik dan mengelakkan ia terhenti.

Dalam nahas membabitkan Lion Air, penyiasat Indonesia menyalahkan masalah mekanikal dan rekaan tetapi Boeing mendakwa ia sudah membangunkan perisian terkini.

Laporan mengenai nahas Lion Air yang terhempas selepas 13 minit berlepas dari Jakarta pada 29 Oktober 2018 itu akan dikeluarkan pada hari Jumaat ini.

Tetapi, pihak berkuasa telah memaklumkan kepada keluarga-keluarga mangsa tentang dapatan siasatan tersebut.

Maklumat yang diperoleh daripada keluarga, punca nahas Lion Air disebabkan masalah reka bentuk dan mekanikal dengan sistem kawalan penerbangan.

Laporan itu menerangkan bahawa perisian Sistem Penambahan Ciri-Ciri Manuver (MCAS) direka untuk menjadikan pesawat berkenaan lebih mudah untuk terbang.

Tetapi Jawatankuasa Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan Indonesia mendakwa MCAS mungkin menjadi faktor penyumbang kepada nahas tersebut. – MalaysiaGazette