KUALA LUMPUR – ‘Mama tunggu Pitt. Jaja cari Pitt di sana.’
Itu luahan pelakon Fauziah Nawi dalam FB mengambarkan kerisauan seorang ibu mengenai kehilangan anaknya, Pit Haniff atau Mohd. Firdaus Mohamad Haniff ketika memancing di Sungai Mela, Kuala Lipis hari ini.
Sehingga malam ini, anak lelakinya itu belum ditemui oleh pasukan mencari dan menyelamat dan mangsa dikhuatiri lemas di tempat kejadian.
“Sembahyang hajat dan doa oleh anak-ansk tahfiz dikelolakan oleh Fauziah Ahmad Daud utk keselamatan anak saya Pitt Hanif yang ditimpa musibah. Moga dipermudahkan.
Pitt moga dipermudahkan. Mama tunggu Pitt. Jaja cari Pitt di sana,” tulisnya.
Isteri mangsa, Jaja atau Farah Ahmad kini berada di Kuala Lipis.
Sementara itu, Fauziah walaupun belum mengetahui kedudukan sebenar Pitt yang dilaporkan hilang di Sungai Mela, Kuala Lipis, Pahang semasa memancing, Fauziah menyerahkan nasib anaknya pada ketentuan Allah.
“Saya hanya mampu berdoa. Itu sahaja keupayaan yang saya ada sekarang,” luah Fauziah dalam perbualan dengan Astro AWANI.
Kepada semua pihak, Fauziah merendah diri memohon untuk mendoakan kesejahteraan Pitt yang juga seorang pengarah drama dan filem.
“Saya buntu, pelbagai perasaan sedang dirasakan. Hanya pada Allah saya mohon segala kebaikan,” kata Fauziah lagi.
Pada masa ini, Fauziah berada di Kuala Lumpur bersabar menanti hasil pencarian Pitt yang sedang digiatkan oleh pasukan keselamatan.
“Kaki saya tidak kuat, tidak mampu ke sana (lokasi pencarian). Menantu saya (isteri Pitt) sudah ke sana untuk bersama-sama pasukan keselamatan.
“Sekalipun saya di sini (Kuala Lumpur), namun doa saya buat Pitt tidak pernah putus. Ya Allah mohon permudahkan segala urusan pencarian,” ujarnya.
Berita sedih yang melanda Pitt, 43, menjadi tular di media sosial apabila mangsa hilang selepas bot yang dinaiki bersama rakannya dikatakan terpecah dua.-MalaysiaGazette
ARTIKEL BERKAITAN: