Stadium Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR – Kuala Lumpur diumumkan sebagai venue perlawanan akhir Piala AFC di antara pasukan 4.25 SC dari Korea Utara dan Al Ahed daru Lebanon.

Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) dalam satu kenyataan berkata keputusan itu berdasarkan pertimbangan ke atas stesen penyiaran dan promosi permainan supaya dapat dilihat di seluruh pelusuk Asia.

Bagaimanapun AFC belum memberikan sebab dan alasan kenapa mereka memilih Stadium Kuala Lumpur sebagai lokasi bagi perlawanan akhir itu.

Perlawanan akhir itu bakal berlangsung pada 4 November, dua hari lewat daripada jadual asal.

“Kedua-dua persatuan dan kelab persatuan telah dimaklumkan dan AFC meminta maaf atas kesulitan yang tidak dapat dielakkan,” kata AFC dalam satu kenyataan itu.

Awal minggu lalu, badan pentadbir bola sepak Asia itu mengambil keputusan memindahkan venue perlawanan ke Shanghai dari Pyongyang disebabkan sekatan ekonomi antarabangsa yang mempengaruhi Korea Utara. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast