Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Sebanyak 90 peratus responden tempatan tidak kisah menetap dan bekerja di luar negara bagi peluang pekerjaan yang lebih baik dan keseimbangan kerja.

Lapan daripada 10 (80 peratus) responden di Malaysia pula mahu pekerjaan yang membolehkan mereka mengembara.

Mendapat pendedahan di luar negara adalah penting kepada pekerja kerana mereka boleh mendapatkan perspektif yang berbeza, mempelajari kemahiran baru daripada rakan sejawat global dan membina rangkaian sambungan global.

Menurut keputusan Suku Ketiga Randstad Monitor‟s 2019, peluang untuk bekerja di negara lain adalah faktor penting bagi kebanyakan warga kerja.

Hampir sembilan dalam 10 responden (89 peratus) berumur antara 18 hingga 34 tahun bersedia untuk berhijrah bagi meneruskan kerjaya di negara lain.

Pengarah Urusan Randstad Singapura dan Malaysia, Jaya Dass berkata, pekerja muda sangat bermotivasi dan bersemangat tinggi untuk mempelajari kemahiran baru, bertemu dengan orang baru dan mengalami pengalaman baru.

Berbeza golongan pekerja kanan profesional, mereka juga lebih bersedia untuk berhijrah demi kerjaya kerana ramai yang tidak ada tanggungjawab kepada keluarga dan fokus kepada pembangunan karier.

Sekiranya dilakukan dengan sikap yang betul, pemanduan ini boleh membantu mereka naik pangkat dan meraih gaji yang lebih tinggi.

Bagaimanapun, sentimen golongan muda ini memberi makna bahawa syarikat-syarikat perlu menambah baik tarikan kepada kakitangannya dan melaksanakan inisiatif bagi mengelakkan bakat tempatan ke luar negara.

Katanya, Malaysia masih memerlukan bakat tempatan bagi mengekalkan pertumbuhan ekonomi jangka panjang.

Sembilan daripada 10 (90 peratus) terbuka untuk berhijrah berpindah jika boleh meluaskan karier dan keseimbangan hidup.

Sementara, 85% akan berpindah untuk mendapat gaji yang lebih tinggi dan 71 peratus. – MalaysiaGazette