Tindakan bank-bank di negara ini menutup akaun individu dan syarikat dari Iran kerana mendapat tekanan daripada pihak tertentu.
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang tidak menamakan pihak itu berkata, tindakan itu disifatkan sebagai sikap membuli oleh orang yang berkuasa.
Namun tegas beliau, ia bukan bertujuan membantu pihak tersebut.
“Kita menerima tekanan kuat oleh pihak tertentu untuk menutup akaun rakyat dan syarikat dari Iran.
“Kita tidak membantu pihak terbabit namun dipaksa kalau tidak menutup kerana bank kita pula akan ditutup di luar negara.
“Tindakan ini adalah sikap membuli daripada pihak lain,” katanya.