TERKINI : Malaysia Perlu Bangunkan Hab Tekstil – Datuk Darell Leiking

KUALA LUMPUR – Malaysia perlu membangunkan sebuah hab tekstil bagi merangsang industri gaya hidup.

Pengerusi Persekutuan Fesyen, Tekstil dan Pakaian Malaysia (FMFTA), Tan Sri Tan Thian Poh berkata, industri gaya hidup di negara ini terperangkap dalam segmen pengilang peralatan asli (OEM) dan sudah tiba masanya, Malaysia bergerak ke arah pengilang rekaan asli (ODM) dan pengilang jenama asli (OBM).

Hab tekstil itu jelasnya, akan mengumpulkan semua pemain industri fesyen dan gaya hidup untuk mengeluarkan jenama tempatan yang berkualiti tinggi sekali gus menarik pelabur-pelabur asing untuk menceburi bidang huluan di saat syarikat tempatan meningkatkan nilai dalam bidang hiliran.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast