KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan hari ini mempertahankan tindakan pasukan elit Polis DiRaja Malaysia (PDRM) yang mengenakan penutup muka atau balaclava ketika operasi membanteras kumpulan pengganas.
Menurut Musa, pemakaian penutup muka itu untuk mengelakkan identiti pasukan elit terdedah dan dikenali oleh kumpulan pengganas.
“Kumpulan pengganas (militan) mempunyai rangkaian yang ramai.
“Pasukan Elit yang menjalankan tugas perlu memakai balaclava kerana mereka sentiasa ditugaskan membenteras kumpukan pengganas.
“Ini bagi mengelak mereka dikenali musuh. SOP (Prosedur Operasi Standard) yang digunapakai oleh polis di seluruh dunia,” katanya ketika menciap di akaun Twitter miliknya, hari ini.
Beliau mengulas persoalan yang ditimbulkan oleh Twitter Justice For All hari ini berhubung tindakan pihak polis yang menutup muka ketika membuat tangkapan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma).
“Kenapa polis tutup muka dan buat tangkapan secara ganas di bawah Sosma sedangkan mereka yang ditangkap tiada senjata?
“Adakah ini SOP?” kata Justice For All di Twitter miliknya, hari ini. – MalaysiaGazette
Menutup muka adalah langkah bijak n baik bg anggota PDRM elit drp dikenali. Keselamatan diri anggota perlu di jaga. Krn musuh tidak ada toleransi asalkn dendam mereka dpt dilunaskan. Syabas PDRM, teruskn usaha anda utk membenteras jenayah n pelakunya!