KUCHING – Kerajaan Sarawak tidak menggugurkan tuntutan royalti minyak sebanyak 20 peratus daripada Petronas.

Pejabat Ketua Menteri dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan rundingan dengan kerajaan persekutuan ketika ini berdasarkan kepada tuntutan berkenaan.

“Merujuk kepada artikel yang diterbitkan hari ini di portal berita dalam talian Star dan pelbagai portal lain, menyatakan Sarawak menggugurkan tuntutan royalti minyak sebanyak 20 peratus daripada kerajaan persekutuan.

“Artikel ini mengelirukan dan berniat menyusahkan,” menurut kenyataan itu yang dikeluarkan di sini.

Portal berita tempatan hari ini melaporkan bahawa perunding utama menyatakan Sarawak akan menggugurkan tuntutan royalti sebanyak empat kali ganda yang dibayar oleh syarikat minyak negara Petronas tetapi menuntut perjanjian perkongsian pengeluaran dan perjanjian lain. – Bernama

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette 2
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast