Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof berkata hasil penemuan Kajian badan pemikir, Institut Hal Ehwal Demokrasi dan Ekonomi (Ideas) yang mendapati mereformasi syarikat-syarikat berkaitan kerajaan dilakukan dengan cara yang hanya memberi manfaat atau keuntungan kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) adalah tidak berasas.
“Saya fikir penemuan itu tidak berasas jika Ideas kata ada banyak pihak yang dapat manfaat daripada Bersatu ataupun mana-mana parti.
“Kementerian saya tidak ada lantikan seperti Ketua Bahagian atau orang lain untuk sesuatu jawatan dalam lantikan politik.