AMERIKA SYARIKAT – Seorang bayi perempuan dua tahun meninggal dunia akibat tercekik sosej selepas didakwa lewat menerima rawatan, lapor The Sun.
Ibunya, Beth Ranger memberitahu, dia menghubungi talian kecemasan sebanyak tiga kali untuk memaklumkan insiden itu pada 1 Julai tahun lalu.
Namun sebelum itu, dia sempat memberi bantuan pernafasan kepada anaknya sementara menunggu ambulans tiba di kediamannya di Greenhithe, Kent.
Anaknya dibawa ke Hospital Darent Vallet di Dartord sebelum menghembus nafas terakhir tujuh minit kemudian.
Menerusi inkues yang sedang berlangsung, ibu bapa bayi malang itu kini bercadang mengambil tindakan undang-undang kerana kegagalan pasukan kecemasan tiba pantas di tempat kejadian.
Malah, mereka kecewa dengan alasan kekurangan kakitangan bertugas sewaktu kejadian sehingga anaknya lambat menerima rawatan.
Pasangan itu turut mendakwa keputusan bedah siasat ke atas bayi mereka juga tidak tepat.- MalaysiaGazette