Foto Instagram Krisdayanti

KUALA LUMPUR – Diva terkenal Indonesia Krisdayanti memuat naik foto di laman sosial ketika sedang menemani suaminya menjalani pembedahan katarak mata di hospital.

Ia sekali gus menafikan rumah tangga yang dibinanya yang juga kini bergelar wakil rakyat bersama ahli perniagaan Raul Lemos berdepan masalah.

“Alhamdulillah pembedahan katarak berjalan dengan lancar sayangku, ini kesan daripada pembedahan retina yang suamiku buat tahun lepas, jadi ia mengganggu mata kirinya,” tulisnya di Instagram.

Menerusi status itu juga, Krisdayanti tidak putus-putus  memberikan semangat kepada Raul.

“Sihat terus sayang, banyakkan bersabar di setiap langkah dan semoga dalam lindungan Allah yang pemurah,” tulisnyanya.

Pada masa sama, Krisdayanti turut meminta netizen untuk tidak lagi membuat spekulasi berkaitan rumah tangga selepas status curang yang dimuat naik suaminya baru-baru ini.

Menurutnya, karier dan juga kekangan masa juga boleh menjadi faktor mengapa pasangan suami isteri bergaduh.

“Sebenarnya punca kecurangan bukan sahaja boleh membuatkan masalah rumah tangga itu retak.

“Kadang-kadang, suami dan isteri juga berselisih faham gara-gara kerja dan kekurangan masa,” kata ibu kepada empat orang anak. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast