Anggota polis mula membuat kawalan sekitar kawasan Pusat Penamaan Calon Pilihan Raya Kecil P.165 Tanjung Piai di Dewan Jubli Intan Pontian, Johor. foto HAZROL ZAINAL, 02 NOVEMBER 2019.

PONTIAN-  Sekumpulan anggota polis dan pihak berkuasa kini bersiap sedia menghadapi proses penaman calon Pilihan Raya Kecil Parlimen Tanjung Piai yang akan berlangsung pagi ini.

Seperti biasa suasana di sekitar pusat penamaan calon telah disusun rapi dengan segala aspek keselamatan termasuk penghadang jalan pada jarak 50 meter dari pusat penamaan.

Para penyokong Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) yang sudah mula berlobi kawasan berkenaan seawal 6.30 pagi lagi.

Khemah penyokong PH dan BN masing masing di letakkan di penjuru sayap kiri dan kanan dengan bendera parti masing-masing termasuk lori bergerak milik Pas kelihatan di kawasan sekitar pusat penamaan calon.

Lebih 40 pengamal media cetak dan elektronik serta dalam talian mulakan tugas masing masing bersiap untuk melaporkan perkembangan terbaharu dari lokasi.

Kali ini dijangkakan pertandingan lima penjuru melibatkan calon PH, Karmaine Sardini, calon BN, Datuk Dr.Wee Jack Seng, calon Gerakan, Wendie Subramaniam, calon bebas, Datuk Shamsubahrin Ismail dan calon Berjasa Datuk Ir. Dr Badhrulhisham Abdul Aziz.

Seramai 52,986 pengundi Tanjung Piai akan memilih pada 16 November ini untuk menentukan pemimpin mereka selepas penyandangnya dari PH, Datuk Md Farid Md Rafik meninggal dunia akibat serangan jantung pada 21 September lalu.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast