SAN FRANCISCO – Airbnb akan mengharamkan anjuran parti di kediaman selepas lima maut akibat tembakan rambang di sebuah rumah yang disewa oleh sebuah syarikat.
Ketua Pegawai Eksekutif Airbnb, Brian Chesky berkata, pihaknya akan mengambil langkah itu bagi mengelakkan perbuatan ganas oleh penganjur dan tetamu.
“Kita mesti melakukannya kerana tindakan ini tidak boleh diterima,” tambah Chesky.
Tiga orang mati di rumah di bandar Orinda, berhampiran San Francisco manakala ua lagi meninggal dunia di hospital.
Rumah ini telah ditempah untuk sekumpulan kecil yang kemudian memaklumkan melalui Instagram akan menganjurkan Halloween yang selalunya dihadiri lebih 100 orang.
Airbnb tidak memberi kebenaran pun kepada pelanggannya untuk berbuat demikian, katanya.
Kesemua mereka yang meninggal dunia dalam tragedi itu berusia di bawah 30 tahun.
Mangsa kelima meninggal dunia di hospital pada malam Jumaat.
Sehingga hari Sabtu, polis polis masih belum menangkap atau mengenal pasti suspek tetapi menemui dua senjata dalam kediaman tersebut.
Meskipun begitu, Chesky berkata, Airbnb akan mewujudkan “rumah parti” khusus bagi tempahan berisiko tinggi.
Susulan kejadian itu, katanya, Airbnb akan mengambil tindakan ke atas pelanggan yang melanggar dasar dan peraturannya. – MalaysiaGazette