KUALA LUMPUR – Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu harus henti memainkan isu-isu terpencil dan fokus kepada pentadbiran portfolionya dan ‘move on’.
Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein selaku bekas Menteri Pertahanan berkata banyak lagi isu-isu Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang belum diselesaikan setelah lebih setahun memegang jawatan itu.
“Bila nak buat kerja, saya nak Mohamad Sabu ‘move on’, pimpin Kementerian dan henti bangkitkan isu-isu terpencil dan menyerang saya.
“Ini tidak selesaikan masalah yang dihadapi ATM, kita tak selesaikan rumah aset pertahan kita di Sabah. Itu semua kena bincang takkan nak bincang pasal Sembrong je,” katanya di lobi Parlimen, hari ini.
Mohamad Sabu semalam berkata kementeriannya akan mendapatkan pandangan dan nasihat daripada peguam negara sebelum mengambil langkah seterusnya bersabit pembelian enam helikopter oleh pentadbiran lepas bernilai RM300 juta.