TERKINI : Pening Saya “Orang Tuduh Sijil Saya Palsu” – Karmaine Sardini

KUKUP – Pihak luar yang sibuk menyebarkan fitnah melampau mengenai kelayakan akademik calon Pakatan Harapan dicabar supaya berani tampil membuktikan tuduhan tersebut beserta bukti kukuh.

Karmaine Sardini, 66, berkata, beliau tidak perlu membuktikan kepada umum mengenai kesahihan sijil atau kelayakan akademiknya seperti yang didesak oleh pihak tertentu yang dengki dengan perkembangannya.

“Dia tuduh sijil akademik saya palsu dan mempersoalkan kelayakan saya bertanding, maka dia kena tampil buktikan kepada kita semua bahawa sijil saya palsu.