CARACAS – Selepas El Salvador bertindak menyingkirkan semua diplomat Venezuela, Kementerian Luar Caracas turut melakukan tindakan sama.
Dalam kenyataannya, kementerian itu berkata, Venezuela telah meminta semua diplomat El Salvador meninggalkan negara itu dalam tempoh 48 jam.
Presiden El Salvador, Nayib Bukele semalam berkata, arahan yang dikeluarkan kepada diplomat Venezuela itu kerana kerajaannya tidak mengiktiraf Nicolas Maduro sebagai presiden yang sah.
Negara itu akan hanya menerima diplomat Venezuela sekiranya mereka mewakili pemimpin pembangkang Juan Guaido.
Guaido telah mendakwa dirinya sebagai Presiden Interim sejak Januari lalu selepas menyifatkan pilihan raya 2018 sebagai tidak sah.
Negara-negara barat menyokong Guaido meskipun Maduro mendakwannya sebagai boneka Amerika Syarikat (AS).
Maduro pula terus berada dalam pemerintahan kerana disokong oleh Rusia, China dan Cuba. – MalaysiaGazette