KUALA LUMPUR – Pelakon Sharnaaz Ahmad meluahkan rasa terkilan apabila terlepas melihat proses pembesaran anaknya, Jebat Jayden.
Menerusi Twitter miliknya, Sharnaaz memberitahu dia tidak dapat melihat Jebat belajar berjalan di depan matanya sendiri.
Status itu mendapat perhatian warga netizen yang turut bersimpati dengan apa yang dilalui oleh Sharnaaz serta mendoakan yang terbaik buatnya.
Umum mengetahui kemelut rumah tangga Sharnaaz masih tiada kesudahan lagi apabila isterinya, Noor Nabila menfailkan cerai.
Kemudiannya pada Septembar lalu Sharnaaz pula menfailkan nusyuz terhadap isterinya.
Sharnaaz dan Nabila berkahwin pada 31 Mac 2017 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan Jebat Jayden yang kini berusia setahun. – MalaysiaGazette