Menteri Besar Johor, Datuk Dr. Sahruddin Jamal bersalaman dengan sebahagian jentera Barisan Nasional ketika sesi walkabout bagi membantu calon Pakatan Harapan, Karmaine Sardini sempena kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) P.165 Tanjung Piai di Pasar Lambak Ladang South Malaya, Pontian, Johor. foto HAZROL ZAINAL, 06 NOVEMBER 2019

PEKAN NANAS – “Pembohong! Pembohong!,” sorak penyokong Barisan Nasional (BN) menggunakan pembesar suara.

Di satu lagi sudut kedengaran sorakan ‘Tak Bohong! Tak Bohong!’ daripada Pemuda Pakatan Harapan (PH) dalam kenderaan pacuan empat roda yang melintasi jentera BN yang berceramah di tepi jalan petang tadi.

Kemunculan calon Berjasa, Datuk Ir Dr Badhrulhisham Abdul Aziz yang turut turun padang bertemu pengundi di Pasar Lambak Parit Haji Adnan di Ladang South Malaya, Seri Menanti memeriahkan lagi suasana.

Calon Berjasa, Datuk Ir Dr Badhrulhisham Abdul Aziz (dua kanan) bersalaman dengan sebahagian penduduk ketika sesi walkabout sempena kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) P.165 Tanjung Piai di Pasar Lambak Ladang South Malaya, Pontian, Johor. foto HAZROL ZAINAL, 06 NOVEMBER 2019

Salah seorang penyokong PH yang tidak puas hati dengan tindakan jentera BN berceramah dengan jarak hanya beberapa meter dari jentera PH.

Beliau mempersoalkan tindakan lawan kepada tujuh anggota Pasukan Penguatkuasa Kempen Pilihan Raya, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang tiba ke lokasi untuk memantau aktiviti kempen parti bertanding.

“Bagaimana boleh diluluskan permit ceramah di lokasi bersebelahan. Ia boleh mengundang pergaduhan,” katanya sambil mendesak penguatkuasa SPR yang berada di lokasi menyiasat perkara tersebut.

Persimpangan jalan di Pasar Lambak itu sesak dan kenderaan bergerak perlahan berikutan Dr Badhrulhisham dan calon PH, Karmaine Sardini turun bertemu pengundi dan peniaga.

Calon Pakatan Harapan, Karmaine Sardini (dua kanan) bersalaman dengan sebahagian penduduk ketika sesi walkabout sempena kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) P.165 Tanjung Piai di Pasar Lambak Ladang South Malaya, Pontian, Johor. foto HAZROL ZAINAL, 06 NOVEMBER 2019

Pasukan polis turut berada di lokasi berkenaan bagi memantau aktiviti ceramah parti yang bertanding.

Tidak ketinggal turun padang Menteri Besar Johor, Datuk Sahruddin Jamal.

Menteri Besar Johor, Datuk Dr. Sahruddin Jamal (tengah) bersalaman dengan Exco Pemuda UMNO, Farhan Khairudin (kiri) yang sedang menyampaikan ceramah War Truck ketika sesi walkabout bagi membantu calon Pakatan Harapan, Karmaine Sardini sempena kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) P.165 Tanjung Piai di Pasar Lambak Ladang South Malaya, Pontian, Johor. foto HAZROL ZAINAL, 06 NOVEMBER 2019

Sahruddin sempat menyantuni jentera BN dan bersalam bukan sahaja dengan penyokong PH tetapi juga penyokong lawan seperti  Exco Pemuda UMNO Malaysia, Farhan Khairuddin.

Sahruddin meminta Farhan menghulurkan mikrofon untuk berucap, namun permintaannya itu tidak dilayan sebelum beredar.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast