Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

KUALA LUMPUR – Tindakan berkempen dalam sekolah dan memberi ucapan berbaur perkauman perlu dihentikan, kata Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya lagi, etika berkempen sepatutnya dipatuhi apatah lagi melibatkan larangan di kawasan tertentu.

Merujuk dakwaan ucapan Menteri Pertanian dan Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub yang berkempen di sekolah dan didakwa mengeluarkan ucapan berbaur perkauman dan rasis, Ahli Parlimen Port Dickson itu kemudian menyifatkan ia suatu yang perlu dinasihati.

“Kalau dalam sekolah kita ada peraturan, kita elaklah. Kalau dah buat kena bagi nasihat, supaya jangan teruskan. Kalau ada peraturan, kita harus patuh,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.

Salahuddin semalam mempertahankan ucapannya di di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Pei Chio Tanjung Piai yang tersebar di media sosial dan dilaporkan sebuat portal.

Beliau turut menegaskan kenyataannya yang didakwa pembangkan sebagai bersifat perkauman dan rasis sebagai peringatan kepada parti pembangkang yang menyebarkan ucapan bersifat ekstrem sehingga menghukum kumpulan lain yang tidak menyokong mereka.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast