Asyraf Wajdi Dusuki

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diharap dapat mengambil tindakan segera susulan berlaku rasuah politik pada Pilihan Raya Kecil Tanjung Piai.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dasuki berkata, ini kerana sudah banyak laporan mengenai telah dibuat.

Jika tidak, kredibiliti SPR dan SPRM akan hilang, katanya.

“Ini pun satu lagi kebetulan! Kalau dahulu PH kata rasuah politik, sekarang bila dah berkuasa semuanya halal!,” katanya yang mengulas kenyataan Menteri Besar Johor, Dr. Sahruddin Jamal yang memaklumkan bantuan khas kepada 1.513 orang nelayan Johor Selatan termasuk Tanjung Piai sebanyak RM1,000 akan dibuat mulai minggu depan.

Katanya, pemberian bantuan khas yang dianggarkan bernilai lebih RM1.5 juta itu akan berikan secara berperingkat melalui tiga fasa.

Kawasan yang terlibat (pemberian bantuan khas) termasuk di Gelang Patah dan Pulai (432 nelayan), Pasir Gudang, Johor Bahru dan Tebrau (537) serta Pontian dan Tanjung Piai (544 nelayan).

Asyraf berkata, pemberian itu jelas ini bercanggah dan menyalahi Seksyen 10(a) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 yang menyatakan adalah menjadi satu kesalahan bagi mana-mana pihak berjanji memberikan balasan wang atau sesuatu bernilai kepada pengundi bagi mendorong mereka memilih mana-mana calon.

Jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara tidak lebih 2 tahun atau denda antara RM1,000 hingga RM5,000.

“Harap pihak SPR ambil perhatian!,” ujarnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast