KUALA LUMPUR – Blok pembangkang hari ini mendesak Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menasihatkan Yang di-Pertuan Agong untuk memecat Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas.

Ia susulan pembatalan dua pertuduhan baharu wakil rakyat DAP berkenaan isu Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) baru-baru ini.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mendakwa Tommy sering melanggar kedaulatan undang-undang dengan menggunakan kuasanya untuk campur tangan kes mahkamah tanpa alasan kukuh.

Jika sebelum ini Tommy menurut Ahli Parlimen Bera itu pernah menggugurkan kes rasuah melibatkan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng sewaktu menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang dan
campur tangan prosiding inkues anggota bomba Allahyarham Muhammad Adib Mohd. Kasim kini yang terbaru berkaitan LTTE pula.

“Blok pembangkang kesal tindakan Peguam Negara menarik balik kes tuduhan terhadap Ahlid Dewan Undangan Negeri daripada Negeri Sembilan (ADUN Seremban Jaya, P. Gunasekaran) di dalam LTTE.

“Tanpa sebarang alasan begitu membuatkan kita tertanya-tanya dan keresahan, apa alasan Peguam Negara menarik balik kita menuntut Peguam Negara memberikan penjelasan apa alasannya.

“Sebab itu kita harap Perdana Menteri mengambil tindakan menasihatkan Agong, kalau boleh minta supaya Peguam Negara berundur secara terhormat atau dipecat daripada jawatannya,” katanya ketika sidang media di Lobi Parlimen hari ini.

Ismail turut menggesa Tommy tampil memberi penjelasan terhadap tindakannya itu.

“Kita blok pembangkang mendesak Peguam Negara beri penjelasan kerana terlalu banyak kes bertentangan dengan kedaulatan undang-undang,” tambah Ismail.

Bagi beliau, pembatalan dua pertuduhan baharu itu merupakan tamparan hebat kepada polis yang telah bertungkus lumus menjalankan tugas mereka membuat siasatan dan tangkapan 12 individu sebelum ini.

“Kita menganggap ini tamparan hebat kepada polis yang jalankan tugas secara profesional, buat tangkapan, tapi akhirnya apa yang dilakukan polis tidak diambil kita pihak Peguam Negara,” ujarnya lagi.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast