KUALA LUMPUR – Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia berjumlah sebanyak AS$103.2 bilion pada 31 Oktober 2019.
Jumlah itu menurun berbanding AS$103.3 bilion pada 15 Oktober lalu
Bank Pusat itu berkata, paras rizab semasa ini memadai untuk membiayai 7.6 bulan import tertangguh dan 1.1 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek. – MalaysiaGazette