Pengundi-pengundi di kawasan Parlimen Tanjung Piai diingatkan agar tidak sesekali membenarkan bahtera Muafakat Nasional antara UMNO dan Pas ditebuk oleh musuh luar.
Sebaliknya, mereka perlu mengajar mereka menerusi undi dengan memilih calon Barisan Nasional (BN), Datuk Wee Jeck Seng yang dipilih menerusi Muafakat Nasional itu, kata Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
“Potongkan tangan orang hendak tebuk bahtera (Muafakat Nasional) dengan undi, ajar mereka dalam pilihan raya kecil(PRK) ParlimenTanjung Piai,” katanya dihadapan lebih 3,000 hadirin yang memenuhi program ceramah perdana BN di Kampung Rimba Terjun