Kumpulan basikal lajak dilhat berpotensi menjadi pelumba mewakili Malaysia, kata Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
Kementerian Belia dan Sukan berkata hobi kumpulan basikal lajak ini boleh disalurkan dengan cara yang lebih positif dan bermanfaat tanpa bertindak mendiskriminasi dan mengenepikan mereka.
Justeru, bukan sahaja mendekati komuniti itu bahkan kementeriannya mengajurkan latihan khusus kepada kumpulan yang berminat dengan sukan basikal dengan menyediakan litar yang sesuai dan alat keselamatan yang lengkap.