KUKUP – Pakej Rangsangan Stimulasi akan dicadangkan kepada kerajaan dalam belanjawan 2020 untuk memberi suntikan kepada pertumbuhan ekonomi yang sedikit lembab ketika ini.
Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau mahu mencadangkan pakej rangsangan yang pertama kali dibangkitkan itu kepada Menteri Kewangan Lim Guan Eng.
“Saya duduk dalam kabinet yang diketuai Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad setiap minggu berbincang dan begitu juga semalam di Majlis Tindakan Ekonomi Kebangsaan memberi pandangan dan langkah langkah perlu