KUKUP – Pemberian wang saguhati RM1,000 kepada nelayan di Johor Selatan yang diumumkan semalam adalah satu inisiatif tahunan yang pernah dilaksanakan beberapa tahun sebelum ini.
Maka tidak perlu pengumuman wang itu dijadikan isu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai, kata Menteri Besar Johor, Datuk Dr. Sahruddin Jamal.
Wang itu, katanya, adalah daripada kerajaan negeri dan ia akan dilaksanakan minggu depan seperti yang diumumkan.
“Yang berikan adalah kerajaan, saya kerajaan. Kalau tidak menyalahi undang-undang saya akan bagi minggu depan kepada nelayan dan saya rasa saya pun tidak ada masalah dalam isu ini.