KUALA LUMPUR – Menteri Bessar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menafikan beliau bertelagah dengan DAP dengan menyatakan klip video yang memaparkan beliau ‘berjuang berseorangan’ diambil di luar konteks.
Video tersebut yang tular di media sosial tidak menyiarkan rakaman penuh, lkatanya seperti dipetik FMT.
“Saya berkata bahawa saya telah melalui banyak perkara di Perak dan terdapat pemimpin DAP cuba memburuk-burukkan saya.
“Apa yang penting kita semua bekerjasama,” katanya.
Awal pagi tadi, video klip berdurasi 2 minit 46 saat itu tular di Facebook milik seorang netizen bernama Azizi Safar menunjukkan Ahmad Faizal mengakui beliau keseorangan berdepan dengan pemimpin DAP Perak lebih-lebih lagi ketika memperjuangkan hak orang Melayu dan Islam.
Ahmad Faizal juga mengakui bahawa beliau mempunyai hubungan yang baik dengan pemimpin dan rakan-rakannya daripada UMNO dan Barisan Nasional (BN).
Insiden itu berlaku ketika Ahmad Faizal berkempen untuk calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Karmaine Sardini dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai, baru-baru ini.
Ahmad Faizal berkata, perbualan tersebut adalah mengenai bagaimana parti-parti dalam Pakatan Harapan mengenali antara satu sama lain dan ia mengambil masa.
“Kawan sebenar saya dalam DAP mengenali saya untuk memahami apa maksud saya.
“Kami bersama-sama menghadapinya, cuba menambah baik negeri dan negara.
Kataya, video tersebut merupakan cubaan untuk memenuhi agenda pihak-pihak tertentu. – MalaysiaGazette