Ketua Aktivitis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan (dua kiri) diiringi Ketua Biro Pembangunan Sosial, Dr. Mazlina Abu Bakar (dua kanan), Peguambela, Nur Fazrin Ahmad (kanan) dan pengadu, Noraini Muslim (kiri) pada sidang media mengenai permohonan maaf seorang bekas pelajar IPTS kepada Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mua’dzam Shah di Kondominium Villa Puteri, Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK, 09 NOVEMBER 2019

KUALA LUMPUR – Bekas graduan Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mua’dzam Shah (UniSHAMS) yang dulunya dikenali sebagai Kolej Universiti Insaniah (KUIN) memohon maaf secara terbuka kerana mengeluarkan kenyataan tidak berasas dan memalukan institusi itu.

Noraini Muslim yang pernah membuat kenyataan pada Januari tahun lalu bahawa dirinya diperdayakan oleh pengurusan sebuah kolej di utara tanah air.

“Saya menarik balik kenyataan media yang tidak tepat, tidak berasas dan memalukan serta bersifat cuai oleh saya terhadap UniSHAMS yang disiarkan secara langsung atau secara audio visual diatas talian menerusi Astro Awani pada 4 Januari 2018.

“Saya amat mengesali dan mengaku kesilapan saya yang dibuat oleh saya terhadap Unisyam semasa sesi sidang media pada 4 Januari 2018.

“Saya tidak menyangka bahawa perkara ini akan diketengahkan sebegini. Pada mulanya saya menceritakan permasalahan saya kepada pihak PPIM bukan dengan tujuan untuk mendapatkan apa-apa publisiti mahupun berniat jahat

“Saya hanya menjawab apa yang ditanya oleh pihak wartawan di sidang media tersebut,” katanya dalam sidang media, hari ini.

Permohonan maaf secara terbuka itu dibuat Noriani keatas Pengerusi UniSHAMS, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan semua ahli lembaga pengarah institut itu.

Sidang media itu dibuat bersama Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan, hari ini.

Dalam pada itu, Nadzim bertegas pihaknya tidak langsung menyebut nama mana-mana institusi pengajian tinggi yang terlibat dengan dakwaan itu.

Jelasnya, pihaknya hanya mahu siasatan dijalankan oleh pihak PTPTN dan Kementerian Pendidikan mengenai dakwaan itu.

“Disebabkan (dakwaan) tersebut (adalah kepada) sebuah institusi milik kerajaan di Kedah, jadi perkara itu ditakrifkan sebagai kenyataan bersifat tidak betul.

“Kita pun pening kepala jugak sebab tindakan mahkamah kepada kita satu benda yang tidak menyebut nama orang tetapi sudah timbul kes mahkamah yang diambil, bagi kita ia tidak beri kesan dan apa yang disebut itu mungkin ada kebenarannya tapi kita nak selesaikan masalah ini. Tidak ada kebaikan kita nak bergaduh dengan mereka.

“Kita bawa isu ini untuk menzahirkan keputusan mahkamah untuk minta maaf,” katanya dalam sidang media sama.

Pada 4 Januari tahun lalu, Noraini mendakwa beliau menanggung bebanan hutang hampir RM70,000 gara-gara pemotongan bayaran berasingan yang ditolak melalui pinjaman PTPTN bagi setiap semester oleh pihak kolej.

Malah, beliau turut berkata, dirinya sepatutnya mendapat pinjaman sebanyak RM8,000 untuk setiap semester menerusi PTPTN, namun hanya mendapat RM7,500 sahaja.

Gadis berusia 27 tahun itu turut mendakwa terdapat pemotongan sebanyak RM500 setiap semester sebagai caj perkhidmatan yang dikemukakan oleh pihak kolej tanpa sebarang penjelasan. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast